Pelancaran Pusat Komuniti Wanita & Kanak-Kanak di Kem Kutupalong

Rose2Rose sebagai salah satu agensi dibawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang fokus memperkasakan wanita dan kanak-kanak telah merasmikan pembukaan pusat komuniti wanita dan kanak-kanak yang bakal memanfaatkan 3000 orang wanita Rohingya di kem Kutupalong Cox’s Bazar, Bangladesh.
Pusat komuniti ini dilengkapi dengan kipas, solar panel dan berbumbungkan atap zink serta konkrit simen.
Pelancaran pusat komuniti wanita dan kanak-kanak ini dihadiri 20 orang wanita dan 90 orang kanak-kanak Rohingya dari sekitar kawasan kem.




Lagi gambar-gambar di FB Rose2Rose
Pelarian wanita yang hadir pada hari ini akan diberikan latihan vokasional seperti menjahit. Sepuluh buah mesin jahit disediakan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada MyCARE dan Rose2Rose bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan praktis bagi menjana pendapatan kelak.
Kesemua wanita ini akan diberikan latihan selama 6 hari seminggu dan akan diajar oleh seorang wakil wanita yang berpengalaman. Mereka akan diberikan latihan selama 3 bulan untuk ke kelas menjahit dan menjalani ujian latihan dengan menghasilkan sehelai baju sebelum dihadiahkan sebuah mesin jahit untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Selain itu, kanak-kanak yang hadir pada hari ini turut merasa gembira dengan pelbagai aktiviti dijalankan oleh ahli misi seperti melukis, mewarna, dan bermain permainan yang disediakan seperti bola, lego dan lain-lain.
Kanak-kanak ini juga belajar mengenal huruf dan telah dihadiahkan beg sekolah yang dilengkapi alat tulis untuk setiap orang.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang secara ikhlas kepada etnik Rohingya melalui MyCARE dan Rose2Rose.
Dengan membawa misi memperkasakan wanita dan kanak-kanak, Rose2Rose menyeru kepada rakyat Malaysia untuk turut serta menyumbang dalam Tabung Impact A Mother.
Jom berikan makna kepada mereka! Jom Impact A Mother! Anda boleh menyumbang di www.billplz.com/edufundr2r

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Tabung Pemulihan Gaza

Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas

UNITEN anjur Fundraising for Gaza

Telah berlangsung majlis pra pelancaran Fundraising for Gaza anjuran Universiti Tenaga (UNITEN) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).   Majlis ini juga menyaksikan serahan sumbangan

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid