MANILA, 20 Mac 2017 – 33 orang anak yatim dari Bulacan Learning Centre, Bulacan dan MAF Foundation, Marawi City telah menerima sumbangan bernilai RM33,000 berbentuk tunai, alat tulis dan tudung.
Wakil MyCARE yang terdiri daripada Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi, Abdul Hafidz Hashim, Pengurus Kanan NICE dan Ruhaiza Musanip, Esekutif Kanan Projek turut mewawancara, mendapatkan laporan serta meninjau sendiri rumah mereka. Input perkembangan anak-anak yang ditaja ini akan dikongsikan dengan Ibu bapa angkat mereka di Malaysia, dari masa ke semasa.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Anak-anak yatim ini merupakan anak-anak yang berada di bawah Projek Tajaan Anak Yatim MyCARE. Selain anak-anak yatim dari Filipina, MyCARE turut menaja anak-anak yatim Palestine, Syria, Iraq dan Rohingya.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan oleh rakyat Malaysia bagi menjayakan projek ini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Projek Tajaan Anak Yatim MyCARE, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760 atau emel ke sponsorship@mycare.org.my
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.