28 September (Jumaat) baru-baru ini, kita dikejutkan dengan gempa bumi 7.4 skala richter di Donggala, Sulawesi Tengah.
Setakat ini, 832 orang dilaporkan terkorban dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana pasukan penyelamat (SAR) sedang menjalankan operasi.
Susulan tsunami, AHA Centre memaklumkan seramai 1.5 juta penduduk di bandar Palu dan Donggala terkesan akibat bencana ini dan pihak berkuasa Indonesia telah menggerakan semua agensi yang terlibat untuk membantu proses SAR dan evakuasi.
MyCARE melalui rakan NGO di Indonesia iaitu PKPU yang kini berada dilapangan sedang menyusun penyaluran sumbangan SEGERA kepada ribuan penduduk yang terkesan akibat gempa bumi ini.
Sumbangan utama yang akan disalurkan ialah:
1. Pek Makanan (Food Pack)
2. Pek Kebersihan (Hygiene Pack)
Ayuh bantu ringankan beban mereka melalui 3 langkah berikut:
1. DERMA
ONLINE: www.billplz.com/tsunamisulawesi
ATAU
BANK TRANSFER ke akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD”
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
2. MAKLUM PADA KAMI
Letakkan ref ‘sulawesi’ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +6018-3832458 (En. Aiman)
3. SEBARKAN
Sebarkan (share) info ini agar lebih ramai dapat turut sama menyumbang.
Terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua!