Warkah Buat Anakku

Bersempena dengan kempen “Bulan Anak Yatim” pada bulan Mac ini, MyCARE membuka peluang kepada penaja-penaja anak yatim di bawah kelolaan MyCARE untuk menulis surat kepada anak-anak yatim yang ditaja. Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk mengukuhkan talian antara penaja dan anak yatim.
Penaja boleh bertanya khabar, memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada anak-anak yatim yang ditaja.
Warkah boleh dihantar sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Setiap penyertaan akan diproses oleh pihak kami untuk penterjemahan (untuk Bahasa Melayu dan Inggeris) serta penghantaran. Warkah perlulah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 melalui pautan berikut: . Warkah ini dijangka sampai kepada anak-anak pada bulan Ramadhan 2017 nanti insya Allah.
Justeru itu, MyCARE menjemput semua penaja anak yatim untuk mengambil peluang dan ruang ini. Semoga warkah yang diutus nanti menambah keceriaan dan semangat anak-anak ini nanti insya Allah.
Untuk Maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai