𝐀𝐢𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚

Air merupakan satu hak asasi manusia. Akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi kebersihan merupakan salah satu hak setiap insan di dunia ini yang perlu dipenuhi.

 

Pada tahun 2020, sebanyak 2 billion insan tidak dipenuhi haknya. Sebagai NGO kemanusiaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek awal Air Untuk Semua bermula dengan 2 buah negara iaitu Nepal dan Myanmar.

 

Justeru, MyCARE menyasarkan mewakafkan 50 buah telaga tiub di daerah Mahottari, wilayah Madesh Pardesh, Nepal dan 50 buah lagi di kem IDP Sittwe, Arakan, Myanmar.

 


 

 

 

 

Sirah Nabi SAW ada menceritakan kisah Saidina Uthman Ibn ‘Affan RA yang mewakafkan telaga yang disebut sebagai Bi’r Al-Ruumah untuk kegunaan umat Islam ketika itu.

 

Telaga tersebut dibeli oleh beliau daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai dari menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya.

 

Tindakan bijak Saidina Uthman merupakan suatu amalan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun Surah Al-Fajr, ayat 27-30 selepas berlakunya peristiwa ini.

 

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan bahawa:

 

وَرَوَى الضَّحَّاكُ إِنَّهَا نَزَلَتْ فِي عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حِينَ وَقَفَ بِئْرَ رُومَةَ

 

Maksudnya: Al-Dahhak meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan pada Uthman Ibn ‘Affan RA ketika beliau mewakafkan Telaga Al-Ruumah.

 

(Rujuk: Tafsir al-Qurtubi, 20/ 58)

 


 

 

 

 

MyCARE menyeru para dermawan yang prihatin untuk bersama kami dalam projek Air Untuk Semua.

 

Salurkan sumbangan wakaf anda di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember