LAPORAN AUDIT

Pengurusan-Kewangan-MyCARE-(2016-2023)-unaudited

Ringkasan Kewangan MyCARE 2016-2023

Hari ini ramai orang menuntut penjelasan daripada NGO-NGO kemanusiaan tentang bagaimana mereka menguruskan dana sumbangan orang ramai dan berapakah peratus yang diambil daripada dana sumbangan untuk tujuan kos pengurusan. MyCARE mengambil maklum tentang perkembangan ini dan terpanggil untuk membuat penjelasan.

 

Berikut adalah penerangan ringkas tentang pengurusan dana sumbangan orang ramai oleh MyCARE.

  1. Setiap tahun MyCARE memperuntukkan 15% daripada dana sumbangan1 untuk kos pengurusan2.
  2. Apabila akaun ditutup pada 31 Disember setiap tahun, kos pengurusan sebenar akan dijumlah dan dimuktamadkan. Sekiranya terdapat baki daripada penjimatan kos pengurusan, ia akan dimasukkan ke dalam ‘Tabung Kecemasan dan Pelaburan’ atau tabung simpanan (reserve fund).3
  3. “Tabung Kecemasan dan Pelaburan” ini digunakan untuk:
    • menampung keperluan dana ketika kecemasan. Contohnya, ketika berlaku bencana seperti banjir, gempa bumi atau tsunami, dana daripada tabung ini akan dimanfaatkan untuk tujuan penyaluran segera sebelum dana sumbangan orang ramai masuk.
    • melaksanakan aktiviti pelaburan untuk menampung sebahagian daripada kos pengurusan. Setakat ini, antara 15-20% kos operasi berjaya ditampung hasil daripada wang pelaburan. Ini membolehkan kos sebenar pengurusan MyCARE dikekalkan sekitar 7-8% sahaja setahun. Pelaburan ini juga adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang MyCARE ke arah 100% penyaluran dana sumbangan. Impian kami, satu hari nanti kos pengurusan akan ditampung sepenuhanya (100%) daripada hasil pelaburan; insyaAllah.
  4. Alhamdulilah, struktur pengurusan kewangan seperti ini telah membolehkan MyCARE menyalurkan antara 85-88% dana yang disumbangkan oleh orang ramai kepada mereka yang memerlukan di Palestin, Syria, Yaman dan sebagainya pada setiap tahun.

 

Semoga penerangan ringkas ini dapat menjawab sedikit persoalan tentang bagaimana MyCARE menguruskan dana sumbangan orang ramai. MyCARE akan terus berusaha memastikan pengurusan dana sumbangan rakyat Malaysia untuk tujuan kemanusiaan diurus dengan telus, amanah dan penuh integriti demi maslahat mereka yang sangat memerlukan di luar sana.

 

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda selama ini.

 


[1] Tiada kos pengurusan diambil untuk Tabung Keluarga Asnaf (0%). Kos pengurusan untuk Tabung Anak Yatim ditetapkan pada kadar 2.6% sahaja.

[2] Rujuk laporan kewangan NOTE 2 (k) di bawah Revenue Recognition

[3] Rujuk laporan kewangan NOTE 2 (k) di bawah Revenue Recognition

 

Laporan yang berkaitan:

  1. Laporan Audit MyCARE 2019 [klik sini]
  2. Laporan Audit MyCARE 2020 [klik sini]
  3. Laporan Audit MyCARE 2021 [klik sini]
  4. Laporan Audit MyCARE 2022 [klik sini]


Kemaskini : 23 September 2024

 

Nurturing Humanity,
Making A Difference