REHAB MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL

 

REHAB MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL

Serangan ke atas Gaza pada Julai 2014 telah mencederakan sekurang-kurangnya 11,000 orang, termasuk lebih 920 yang telah dipotong anggota tubuh mereka. Mangsa perang yang mengalami kecacatan kekal ini memerlukan rehabilitasi dari sudut fizikal dan psikologi selain rawatan perubatan. Sekatan yang dikenakan ke atas Gaza mengakibatkan mereka yang terlibat tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.
Bagi membantu mangsa kekejaman Israel ini, Aqsa Syarif dengan kerjasama Pusat Sukan As-Sadaka yang berpusat di Gaza, akan sama-sama menjayakan Program Rehab (Rehabilitasi) Mangsa Kekejaman Israel melalui Sukan #Paralympic.
Penajaan adalah berupa peralatan sukan dan kemudahan asas bagi 45 warga Palestin yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran atau kecacatan anggota badan. Sukan-sukan Paralympic yang ditawarkan dalam program ini termasuk Bola Keranjang berkerusi roda, Bola Sepak, Bola Tampar, Renang dan Ping Pong.
Aqsa Syarif mensasarkan kutipan sebanyak RM60,000 bagi melengkapkan kemudahan sukan ini.
Ayuh turut serta bersama menyumbang untuk projek “Rehab Mangsa Kekejaman Israel”
1) Salurkan sumbangan anda ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
– Maybank Islamic (5642 5856 0698)
– Bank Islam (1209-20100-34904)
– CIMB (8602-135-592)
2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada aqsasyarif@mycare.org.my atau WA/Telegram ke 019-6551948 untuk makluman kami. Pemberian resit adalah atas permintaan
Untuk maklumat lanjut dan juga jemputan ceramah di tempat anda, sila hubungi:
MyCARE HQ: 03-8941 2341/019-4815584 (Encik Luqman)
Email: relations@mycare.org.my
Semoga Allah menerima segala amal kita.
“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit