Aqsa Syarif merupakan agensi dbawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bersama agensi-agensi lain seperti i4syria, Rose2Rose, PACE, NICE dan Salam Iraq. Kesemua agensi berada di bawah pengurusan MyCARE.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan kempen Ramadhan buat tahun ke-6 pada tahun ini bertemakan “Ibadah kita, Kegembiraan Mereka”.
Selama 6 tahun beroperasi, MyCARE telah menyalurkan RM 70 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di lebih 18 buah negara.
Tahukah anda? Penyaluran kepada rakyat Palestin bukan sahaja dilakukan di Palestin sahaja? Terdapat juga pelarian-pelarian Palestin yang berada di luar Palestin seperti Syria, Turki, Jordan, dan di Malaysia sendiri.
Atas dasar kemanusiaan, Aqsa Syarif dan agensi-agensi lain bergabung tenaga bagi meluaskan capaian sumbangan anda semua di hampir 18 buah negara.
Bro Ashraf, staf kami di Gaza memberikan hadiah raya kepada anak-anak di hospital bagi menceriakan mereka.
Penajaan Hadiah Raya hanya Rm50/unit. Sasaran sebanyak 30,000 pek. Semoga penajaan ini dapat menggembirakan kanak-kanak yang sentiasa berada dalam keadaan kekurangan dan trauma peperangan.
Staf kami di Gaza, Ahmad Thabet memikul kotak pek makanan untuk diedarkan kepada warga Palestin yang memerlukan.
Penajaan Pek Makanan hanya Rm100/unit. Sasaran 38,000 pek. Pek ini akan diagihkan bagi tujuan sahur, iftar dan pek makanan rutin.
Seringkali ada pihak yang bertanya tentang ketelusan sumbangan mereka. Adalah tanggungjawab kami untuk menyalurkannya dengan baik.
Pada bulan November 2014, Aqsa Syarif telah menerima pencalonan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia untuk mewakili negara dalam satu sesi penilaian dan audit peringkat antarabangsa – Mutual Evaluation Exercise (MEE) On-Site Assessment – yang dikendalikan oleh sebuah badan antarabangsa, Financial Action Task Force (FATF).
FATF adalah sebuah badan antarabangsa yang berperanan menetapkan piawai dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah efektif – dari sudut undang-undang, pengawalaturan dan pengoperasian, bagi memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan pengganas dan ancaman-ancaman yang seumpamanya dalam usaha memelihara integriti sistem kewangan antarabangsa.
(Gambar: En.Hariz Hermansah, Pegawai Kewangan (tiga dari kiri), Ir. Selamat Aliman, Bendahari Pemegang Amanah (empat dari kiri), Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, CEO (lima dari kiri) bersama ahli panel FATF.
untuk surat Penghargaan dari Bank Negara Malaysia.
Bagaimana sumbangan anda disalurkan? Adakah sumbangan anda pergi kepada pihak yang sepatutnya?
Gambar di atas menerangkan kaedah penyaluran sumbangan anda sejak dari 2010 kami beroperasi melalui agensi pertama MyCARE iaitu Aqsa Syarif.
Setiap kali anda membuat sumbangan, terutama sekali yang memerlukan resit, kami sangat menggalakkan supaya para penyumbang menyertakan sekali bukti transaksi, maklumat peribadi, dan tujuan sumbangan. Tujuannya supaya kami dapat memproses dan mengesahkan sumbangan anda serta untuk kegunaan audit akan datang. Pada Dis 2014, kami menerima pengikitirafan dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
sebagai wakil SSM untuk diaudit oleh badan antarabangsa, The Financial Action Task Force (FATF).
Sehingga kini, kami masih berusaha untuk mendapatkan pengecualian cukai sejak dari 2012 bagi manfaat para penyumbang.
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: