MyCARE Kedah turun membantu mangsa banjir Selangor & Pahang

Kira-kira 1,000 rumah penduduk di Taman Sri Nanding di sini ditenggelami air hingga paras bumbung berikutan hujan berterusan lebih 48 jam sejak Jumaat 17 sehingga Sabtu 18 Disember 2021.

Seorang penduduk, Nor Sumayyah Muhmad Nek, 38, berkata, rumah mereka ditenggelami banjir bermula jam 8 malam Sabtu dan penduduk terpaksa bermalam di atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding pada Sabtu.
 
MyCARE Kedah bersama dengan Perrtubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi turun padang membuat tinjauan dan menghulurkan sedikit bantuan kepada insan-insan yang terkesan dengan banjir kilat tersebut.
 
 
 
 
Misi bantuan Banjir Ke KL bermula pada khamis 5:30 pm 30 Disember 2021 bergerak dari Sungai Petani dan sampai di bangunan 3 Tingkat di Pejabat Maahad Tahfiz Al- Khairi di Taman Maluri pada tengah malam.
 
Misi pertama pada 31 Disember 2021 hari Jumaat agihan minuman air mineral, kurma, sardin diedarkan kepada sebahagian penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Misi kedua diteruskan ke Bentong, Pahang pada 1 Januari 2022.
 
 
 
 
Persediaan air minuman, 50 set toto, makanan kering, biskut, perkakas water jet, 2 set generator dan alat-alatan pencuci dimuat naik ke dalam 2 buah 4WD dan 2 buah van panjang pada awal pagi sebelum bergerak ke Cenor, Pahang. Sedang dalam perjalanan dengan Haji Abdullah Rejab dan Haji Mohammad Soofi Taib, 3 orang sukarelawan MyCARE Kedah.
 
Semoga dipermudahkan urusan biiznillah.
 
Abdul Wahab Yahya
Pengerusi
MyCARE Kedah
1 Jan 2022 , Sabtu (9:10 am)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.   Ramai daripada mereka ini dari keluarga

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program