MyCARE memulakan tahun baru 2022 dengan melaksanakan misi Ops Pembersihan rumah pasca banjir di Karak pada 1-2 Januari 2022.
Team MyCARE dari HQ bersama sukarelawan dengan jumlah tenaga 23 orang membersihkan rumah-rumah di Taman Makmur Jaya, Bengkel Kereta Three Brothers dan Kedai Makan depan simpang masuk Ladang Bukit Dinding.
Menurut mangsa yang terlibat, air sungai naik setinggi 3-4 meter dan pertama kali banjir seteruk itu di Karak.
Misi ini berjaya membersihkan 4 buah rumah, 1 buah kedai, 1 buah bengkel dan longkang di belakang 7 buah rumah.
Ops Pembersihan dan Bantuan Pasca Banjir masih diteruskan melalui HQ dan juga cawangan-cawangan negeri daerah MyCARE.
Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Bencana MyCARE yang sangat dermawan dan prihatin.
Tidak dilupakan, sumbangan keringat dari para sukarelawan yang sangat proaktif di lapangan.
Teruskan menyumbang bagi meringankan beban sahabat-sahabat kita yang terjejas dengan banjir.
https://mycare.qrd.by/bencana
Atau bank online:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: Banjir / Bencana
dan hantarkan bukti sumbangan (bank online sahaja) ke appeal@mycare.org.my atau WhatsApp ke 016 636 6369
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
Malaysia Truly Cares!