Alhamdulillah, sekitar jam 4.30 petang 8 Januari 2022, rombongan misi bantuan banjir MyCARE Johor telah selamat tiba ke destinasi iaitu Taman Seri Inderapura, Kuantan.
Penghargaan buat Tuan Haji Fakhrul (Pegawai Khas pusat Khidmat Parlimen Kuantan) yang memainkan peranan sebagai tuan rumah bagi memudahkan proses pengumpulan barangan bantuan serta mengkoordinasi para sukarelawan.
Penghargaan juga kepada Pengurus MyCARE Pahang, Tuan Md Khairuddin Hashim yang telah menyambut kedatangan kami dan memudahkan perjalanan misi kali ini.





Sukarelawan telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menguruskan pengagihan barang bantuan dan pembersihan rumah pasca banjir. Sebahagian barangan bantuan telah selamat diagihkan dan dua buah rumah mangsa banjir di sini telah dibersihkan.
Misi bantuan ini akan diteruskan lagi esok hari. Semoga segala gerak kerja misi kali ini berjalan lancar, insya Allah.