Jutaan terima kasih saya dan suami serta keluarga ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak, dalam menjayakan pelayaran saya dari Barcelona ke Gaza di atas kapal Zaytuna-Olive, Women’s Boat to Gaza (WBG 2016); dan juga dalam usaha-usaha pembebasan saya daripada tahanan rejim Israel.
Terima kasih yang istimewa kepada:
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri, khususnya: Y.B. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri; TYT Zakri Jaafar, Duta Besar Malaysia ke Jordan; PYT Dato’ Nazirah binti Hussain, Duta Besar Malaysia ke Thailand dan Setiausaha Keduanya Puan Halmah binti Hasan yang berhubung langsung dengan keluarga semasa krisis penahanan berlaku.
Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang memilih saya sebagai peserta WBG 2016 serta wakil-wakilnya yang sentiasa menghubungi keluarga memaklumkan keadaan terkini perkembangan pelayaran kami.
Datin Seri Shamsida Taharin, Isteri Menteri Besar Selangor yang memberi sokongan semasa persiapan pergi dan sambutan pulang.
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif dan semua kakitangan MyCARE, semua cawangan MyCARE daerah, negeri dan di luar negara serta semua aktivis dan sukarelawan Rose2Rose dalam dan luar negara yang merangka dan melaksanakan persiapan untuk sebelum, semasa dan kesudahan pelayaran. Juga, Saudara Ahmad Thabet, Pengurus MyCARE di Gaza yang memberi gambaran terkini keadaan di Gaza semasa pelayaran menghampiri pantai Gaza.
Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM serta semua pimpinan dan ahli IKRAM yang memberikan sokongan moral yang padu dan menghasilkan keyakinan yang tinggi untuk saya menyertai pelayaran ini.
Pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom, Sepanyol, Peranchis dan Turki, Puan Sadia Gagliani dan suami di Sicily, Itali, serta jurugambar rasmi WBG 2016 Malaysia, Saudara Muhammad Hidayatullah Abdul Hadi yang membantu dalam persiapan keperluan semasa berada di Barcelona, Ajaccio dan Messina, pelabuhan-pelabuhan pelepasan dan perhentian kapal.
Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Dr. Munirah Khudri, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH) serta rakan-rakan pakar perunding dan kakitangan APSH atas sokongan dan bantuan ubat-ubatan dan peralatan. Terima kasih juga kepada ibu-ibu dan pesakit bawah jagaan saya kerana memahami dan menyokong perjuangan ini, serta doktor lokum yang menggantikan saya sepanjang ketiadaan saya.
Pengurusan dan kakitangan Medic IG Holding dan Hospital Pakar An-Nur atas sokongan dan bantuan ubat-ubatan dan peralatan, serta memberi pelepasan kepada Puan Norsham Abu Bakar menyertai WBG 2016 sebagai wakil kedua Malaysia (ahli misi Women’s Boat to Gaza Ajaccio – Messina).
Semua saluran media cetak, audio-visual dan sosial yang membantu menonjolkan misi WBG 2016 dan memperluaskan kesedaran terhadap sekatan tidak sah yang dikenakan terhadap Gaza oleh Israel.
Keluarga terdekat dan keluarga besar, jiran tetangga di Sungai Merab Luar, Kajang, semua rakan-rakan termasuk Alumni Sekolah Tun Fatimah (terutamanya Srikandi 1975), alumni-alumni Kolej Melayu dan Sekolah Clifford Kuala Kangsar, alumni-alumni pelajar-pelajar Malaysia daripada Australia dan United Kingdom, dan kenalan di Universiti Kebangsaan Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kejayaan Misi WBG 2016.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
Yang Ikhlas,
DR. FAUZIAH MOHD HASAN
Ahli Misi Women’s Boat To Gaza 2016 (Barcelona – Ajaccio – Messina – Gaza)
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas