Kunjungan ziarah ahli misi WBG di pejabat Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 14 Okt 2016 – Ahli misi Women’s Boat to Gaza berkesempatan membuat ziarah ke pejabat Tun Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary. Kunjungan ini adalah susulan daripada hasrat Tun Mahathir yang ingin ke lapangan terbang KLIA semasa kepulangan ahli misi #WomensBoattoGaza tetapi Tun Mahathir tidak dapat berbuat demikian atas halangan tertentu.





Kunjungan ini disertai oleh kedua-dua ahli misi WBG, Dr. Fauziah Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar, Pengerusi MyCARE Dr.Hafidzi Mohd Noor, CEO MyCARE Hj Kamarul Zaman dan empat orang kakitangan MyCARE yang lain. Kedua-dua pihak berkongsi perkembangan terkini dan usaha-usaha yang telah dan sedang dijalankan bagi meneruskan pembebasan Palestin. Pada Mei 2010, NGO Perdana Global Peace Foundation (PGPF) yang dinaungi oleh Tun Mahathir telah menghantar kapal bantuan MV Rachel Corrie ke Gaza tetapi telah ditahan oleh askar zionis Israel.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja