[PERUBAHAN TARIKH TUTUP] – penyertaan dipanjangkan sehingga 31 Mac 2022. Harap Maklum.
Pertandingan Video Hadis 2 Jari
Program ini merupakan salah satu pengisian dalam Kempen Bulan Anak Yatim dan Asnaf 2022. Bulan Anak Yatim Screenmasters adalah satu program yang memfokuskan terhadap kreativiti dan bakat individu dalam menghasilkan video.
Dengan tema “Sayangi Anak Yatim”, program ini mensasarkan golongan individu dan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama menghasilkan video pendek berdurasi tidak melebihi 2 minit yang memfokuskan terhadap anak yatim.
Penyertaan dari kalangan masyarakat di dalam program ini dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai keperitan dan cabaran sebagai anak yatim di samping mempromosikan MyCARE sebagai salah satu institusi yang bertanggungjawab terhadap isu kemanusiaan khususnya anak yatim.
Berikut ialah perincian program;
- Penyertaan:
Semua yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menyertainya - Format pertandingan:
– Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang ditetapkan iaitu hadith tentang 2 jari
– Perlu menggunakan salah satu hashtag yang diberi iaitu #welovewecare / #sayangianakyatim / #anakyatimanakkita
– Penyertaan video pendek perlu disertakan tajuk video, nama individu atau nama kumpulan dan ahlinya
– Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja, sari kata adalah dialu-alukan
– Penggunaan bahan adalah bebas dan boleh juga diambil dari bahan-bahan yang disediakan pihak penganjur - Syarat pertandingan:
– Pertandingan bermula dari tarikh poster disebarkan sehingga 16 Mac 2022
– Pertandingan boleh dikemukakan secara individu atau kumpulan
– Video yang dihasilkan adalah tidak melebihi 2 minit
– Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja
– Setiap video pendek hendaklah hasil karya sendiri dan jika didapati karya tersebut tidak asli, penyertaan akan dibatalkan serta-merta
– Format video yang ditetapkan adalah mp4 atau avi
– Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur dalam format mp4/avi.
Video yang telah dimuatnaik ke laman file hosting (google drive, dopbox and lain2) hendaklah dihantar menerusi email sponsorship@mycare.org.my bersama maklumat peserta (nama peserta/kumpulan, nombor telefon, alamat email, tajuk video dan pautan link video) - Hak penggunaan:
Karya yang dipertandingkan adalah hak milik pihak penganjur, maka adalah menjadi hak mutlak kepada pihak penganjur iaitu MyCARE untuk mengguna, menghasilkan semula, menyunting, mempamer, menyiarkan, menjadikannya sebagai sumber, mengubahsuai dan menerbit ke seluruh negara dan untuk apa-apa tujuan, yang tidak boleh ditarik balik dan berterusan. - Hadiah pemenang:
– PERTAMA: RM500 x 1 orang
– KEDUA : RM350 x 1 orang
– KETIGA : RM150 x 1 orang
– SAGUHATI : RM50 x 5 orang - Kriteria penghakiman:
30% = markah like & view di channel youtube MyCARE (video akan dimuatnaik ke dalam channel youtube MyCARE dan peserta digalakkan untuk menyebarkan seluas mungkin kepada keluarga, kenalan dan lain2 bagi mendapatkan like & view yang banyak)70% = markah dikira melalui idea, kreativiti dan kesesuaian dengan tema oleh pihak juri yang dipilih pihak penganjur
- Penyertaan:
MAKLUMAT LANJUT hubungi Harith di talian 013-7444760
———————————————————
Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf melalui:
Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang online boleh didapati di sini:
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Raimi Sayuti / Ruhaiza Musanip :
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341