MyRamadan Kembali Lagi!

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadan sekali lagi. Pelbagai dugaan dan cabaran kita tempuhi bersama daripada pandemik COVID-19 sehingga lah bencana banjir yang melanda.
 
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang kami yang dermawan dan setia menyokong usaha-usaha kami sama ada dalam atau luar negara.
 
Mungkin ada yang belum tahu bahawa MyCARE tidak pernah ketinggalan menghantar laporan audit (sejak penubuhan), menerima pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia dan FATF (anti-money laundering), diaudit top firma audit antarabangsa Binder Dijker Otte dan menerima pelbagai pengiktirafan.
 
Ya, ramai yang belum ‘jumpa’ MyCARE. Jadi jangan lupa untuk share dan promote MyCARE di media sosial anda.
 
Sempena Ramadan al-Mubarak ini, MyCARE merayu keprihatinan tuan/puan untuk terus membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik melalui pakej tajaan seperti berikut:

 

  • Pek Bekalan Makanan (RM 300)
  • Iftar (RM 50)

 
Bantuan ini akan disalurkan kepada keluarga miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan asnaf di Palestin, Malaysia, Syria, Yaman, Lubnan, Cox’s Bazar, Afghanistan dan lain-lain.
 
Ayuh kita ringankan beban mereka dan gandakan pahala di:
 
mycare.qrd.by/myramadan
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
 
Rujukan: ramadan
 
Sila hantarkan maklumat ke email myramadan@mycare.org.my atau WhatsApp ke wasap.my/60189089282
 
Sebarkan supaya lebih ramai dapat dibantu!
 
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.” – HR Bukhari dan Muslim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit