BATU PAHAT, 19 Nov 2016 – Briged Sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilancarkan dengan rasminya dan sejumlah 40 mahasiswa dan mahasiswi mengikuti modul pertama Training of Volunteer (TOV). Dua buah ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohd Zin Kandar (Pengurus MyCARE Johor) dan Ustaz Rofazlin Jusoh (Eksekuif MyCARE Johor).
Bengkel yang membincangkan cadangan-cadangan program dan projek turut diadakan dan dipersembahkan oleh para peserta yang hadir yang mewakili Persatuan Mahasiswa UTHM dan beberapa persatuan dan kelab-kelab di UTHM.
Tahniah dan semoga semarak semangat kemanusiaan terus bersemarak di UTHM.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas