Penyaluran bantuan Winter Relief diteruskan dengan penyaluran kelengkapan musim sejuk kepada pelarian-pelarian Palestin di Lubnan.
Sebanyak 100 buah keluarga menerima bantuan ini di 3 kem pelarian iaitu Al-Bus Camp, Jel Al-Baher Camp dan Al-Wasitah Camp dengan kerjasama NGO Ghirass for Society Development. Para penerima manfaat telah menerima bantuan berupa alat pemanas elektrik, selimut, tilam dan bekalan makanan.
Bantuan ini disalurkan kepada pelarian yang memerlukan bagi menghadapi musim sejuk yang boleh membawa maut jika tiada kelengkapan yang betul.
Alhamdulillah, para penerima manfaat sangat menghargai bantuan ini kerana sangat membantu mereka dalam menghadapi musim sejuk serta menambah baik kehidupan mereka.
Jazakumullahu khairan kathira.
Bantuan anda mengubah kehidupan mereka. Lakukan perubahan di:
https://mycare.qrd.by/umum
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat