Ramadan kali ini pasti berbeza setelah negara kini berada di Fasa Peralihan Endemik. Ianya membawa rahmat dan keberkatan yang menusuk kalbu.
Namun, ada juga yang masih meniti titip-titip kesusahan dalam mencari sesuap nasi.
Jadi, MyCARE mahu memberi peluang kepada anda yang mahu beramal kepada mereka yang memerlukan dengan menghantar barangan seperti beras, minyak masak, tepung, minuman serbuk coklat dan sardin tin.
Barang yang anda sumbang akan kami hantar kepada mereka yang memerlukan dari kalangan warga Malaysia B40 dan pelarian.
Anda boleh menghantar barangan tersebut pada setiap hari Selasa & Rabu sepanjang bulan Ramadan terus ke ibu pejabat kami di Seri Kembangan.
Hubungi atau WhatsApp ke 011-1234 8212 untuk maklumat lanjut.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat