Sumbangan penaja untuk WBG 2016

Terima kasih Dato’ Ng Chai Eng dan UWC Holdings atas sokongan untuk Women’s Boat to Gaza!
Isu Gaza adalah isu kemanusiaan tanpa mengenal bangsa dan agama. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kami ucapkan buat UWC Healthcare Sdn Bhd yang telah menaja mesin AED untuk misi Women’s Boat to Gaza tempohari, serta KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang yang menaja ubat-ubatan lain untuk beg trauma di atas bot. Keseluruhan beg perubatan beserta ubat-ubatan masih tersadai di dalam perahu Zaytouna Oliva di Pelabuhan Ashdod, kerana tidak dibenarkan ambil oleh pihak tentera Israel.
Gambar: CEO Ampang Puteri, Dr. Munirah Khudri menyampaikan cenderamata tanda terima kasih dari Rose2Rose kepada Dato’ Ng Chai Eng, Managing Director UWC Holdings!
“Gaza is in a state of clinical death; no reconstruction, no crossings, no water, no electricity, no work, no medicine, no development, there is no life at all.” ,” Maher al-Tabba, seorang ahli ekonomi Palestin.

Sumbang hari ini untuk 3,000 pesakit miskin di Gaza menjalani pembedahan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali