Sejurus tragedi gempa yang menimpa rakyat Acheh baru-baru ini, MyCARE mengambil keputusan untuk menghantar bantuan atas sokongan bersama-sama rakyat Malaysia.
Dua orang wakil kami yang sedang berada di sana, Tn Haji Kamarul Zaman, CEO MyCARE bersama En Khalid Jimat bekerjasama dengan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) bagi menyerahkan sumbangan di Pidie Jaya.
Pidie Jaya adalah kawasan yang paling teruk menerima kesan gempa bumi 6.4 skala ritcher baru-baru ini. Semalam, 66 gegaran susulan masih dirasai penduduk tempatan.
MyCARE telah menyampaikan bahan bantuan (beras, minyak, telur) ke beberapa dapur umum penempatan sementara di sekitar Pidie Jaya. Bantuan awal ini bernilai RM15,000 dan akan ditambah lagi selepas dikemaskini keperluan-keperluan lain dgn kerjasama PKS dan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI).
Wakil kami sempat singgah ke Hospital Sigli. Hospital ini menempatkan pesakit dan mangsa gempa yang dipindahkan dari Hospital Pidie Jaya. Kelihatan wad bedah sesak dengan pesakit sehingga ada yang terpaksa ditempatkan di lorong-lorong luar wad.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui akaun berikut:
Maybank Islamic – 5642 5856 0698
CIMB Islamic – 8602 13 5592
Bank Islam – 1209 2010 0349 04
Ayuh, bersama kita peduli kemanusiaan di Aceh!
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas