Selepas dihujani dengan bom bertalu-talu sejak September 2015, akhirnya kota Aleppo jatuh ke tangan tentera rejim Bashar al-Assad dan sekutu-sekutunya – Rusia, Iran, Hezbollah (Hizbussyaitan) dan militan Syiah. Tentera pembebasan Syria dan penduduk Aleppo telah bersetuju untuk mengundurkan diri dengan jaminan kerajaan Turki.
Menurut UNHCR, sejak 2 minggu lalu lebih 37,000 penduduk Aleppo telah mula bergerak keluar dari Aleppo menuju ke bahagian barat, selatan dan utara. Mereka keluar dari Aleppo sehelai sepinggang dengan berjalan kaki meredah musim sejuk. Walau bagaimanapun, lebih 100,000 masih lagi terperangkap.
Selepas gencatan senjata dipersetujui Selasa lalu (13 Disember), 20 buah bas diiringi ambulans Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) telah mula bergerak untuk memindahkan penduduk Aleppo yang sakit, cedera dan terperangkap menuju ke Idlib, Reyhanli di sempadan Syria-Turki dan Gaziantep, di selatan Turki. Setakat ini 2 konvoi telah berjaya keluar membawa 1,198 orang penduduk Aleppo (577 lelaki, 320 wanita dan 301 kanak-kanak).
MyCARE melalui agensinya, i4Syria bersama rakan NGO Pelaksana di Syria dan Turki sedang menyusun bantuan untuk para penduduk Aleppo yang berjaya diselamatkan. Bantuan utama adalah makanan, ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk (khemah, selimut, alat pemanas dan pakaian).
Justeru, MyCARE dengan ini melancarkan kempen ‘Aleppo Emergency Appeal/Tabung Kecemasan Aleppo’ untuk menjayakan usaha ini.
Dua langkah mudah untuk menyumbang:
1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602-135-592
JomPAY Biller Code: 6197
2. Maklumkan melalui email ke i4syria@mycare.org.my bersama salinan slip/resit atau Whatsapp/Telegram ke +6019-6551948 (Ruhaiza) dan nyatakan kemasukan untuk ’Aleppo’
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE: +603-8941 2341 (En Aiman)
Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas