Azaz, Syria
Ahli Misi Kemanusiaan Syria telah menyampaikan sumbangan makanan asas untuk keluarga-keluarga di sini, selain menceriakan anak-anak dengan sumbangan alat tulis, makanan ringan serta belon.
Usaha kecil kami diharapkan dapat membawa sedikit kegembiraan dan senyuman pada wajah anak-anak di sini yang telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi kehidupan semenjak kecil lagi.
Norhashima Ismail dari Al-Hijrah melaporkan dari salah sebuah kem pelarian di Azaz, Syria yang menempatkan ratusan pelarian termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak.
Semoga ibrah yang kami garap di sini dapat kami kongsikan bersama semua. Betapa kezaliman itu mencuri kebahagiaan dan masa depan dari mereka yang tidak berdosa.
Teruskan mengikuti perkembangan misi kami!