Kisah yang kami lihat sendiri dan diceritakan oleh dua orang remaja, Majeda dan Maryam yang terputus kaki sebelah mereka disebabkan bom yang digugurkan oleh tentera rejim Bashar Assad adalah suatu yang tidak berperikemanusiaan.
Tetapi kerakusan dan kezaliman yang dimiliki pemimpin yang zalim bukan sahaja membuat Majeda, Maryam dan keluarganya serta seluruh rakyat Syria menderita lebih sedekad, malah mungkin selama-lamanya.
Kehidupan dan masa hadapan anak-anak ini diragut tanpa belas kasihan demi kerakusan yang tidak wajar didiamkan.
Di penghujung lawatan team Misi Kemanusiaan Syria MyCARE dan Econsave, Maryam dan Majeda tersenyum lebar apabila dimaklumkan bahawa satu set komputer akan dihadiahkan kepada mereka bagi memudahkan perjalanan mereka menuntut ilmu dan menyiapkan tugasan di rumah.
Ibu mereka turut gembira dan berterima kasih kepada MyCARE & Econsave.
Kisah lanjut Maryam dan Majeda di akhbar Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/856687/perang-ragut-zaman-remaja-kami