Sendirian membesarkan 3 orang anak

Azaz (Syria): “Saya tidak perlukan apa-apa bantuan, tetapi bantulah anak saya. Berilah anak saya makan kerana mereka lapar,” kata Batool Al Saleh, 21, yang kini menumpang di sebuah khemah di belakang sebuah rumah penduduk di bandar ini bersama tiga anaknya yang masih kecil selepas suaminya menghilangkan diri sejak kira-kira setahun lalu.

 

Sambil menitiskan air mata, ibu muda itu berkata, tiga anaknya, Saleh, 6, Fatima, 3, dan Rahaf, satu tahun tiga bulan, tidak makan apa-apa sejak kelmarin kerana tidak ada apa-apa lagi bahan mentah untuk dimasak dan dia kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran untuk mengalas perut.

 


 

 

 

Sejak ditinggalkan suaminya, Batool berkata, dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan sentiasa membawa bersama anak-anaknya ke tempat kerja kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga mereka di khemah.

 

Batool merupakan antara ratusan ribu rakyat Syria yang kini terpaksa menumpang teduh di kira-kira 1,200 khemah pelarian dalam negara sendiri (IDP) di beberapa bandar di timur laut Syria yang dikawal bersama oleh kerajaan Turki dan pihak berkuasa tempatan sejak negara ini dilanda konflik lebih 11 tahun lalu.

 

Kami mengajak anda semua bersama-sama MyCARE bagi mengumpulkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Syria. Sebarang sumbangan untuk Syria melalui MyCARE JOHOR boleh disalurkan ke akaun seperti di bawah:

 

8602135592 (CIMB)

 

Rujukan/reference: 4S

 

Hantarkan slip sumbangan anda ke:
019-745 8517 (Rozi bin Abd Ghani)
018-967 7215 (Saadon Suleiman)

 

MyCARE
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit