[MyRamadan2022] Bantuan untuk asnaf di Pulau Pinang

Dalam kempen MyRamadan 2022 yang lalu, MyCARE telah menghulurkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan di sekitar Pulau Pinang melalui MyCARE Penang.
 
Antara penyaluran yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
 
1. Bantuan 20 helai baju raya kepada asnaf dan anak yatim di Dewan Taman Sri Serdang, Kepala Batas dengan kerjasama i-Bantu yang menyumbang pek makanan.
 
2. Bantuan 20 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf dan anak yatim di Dewan Kampung Tok Kandu, Permatang Pauh

 

 

 
3. Bantuan 25 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf dan anak yatim di Taman Desa Puri, Tasek Gelugor.
 
4. Bantuan 20 helai baju raya dan pek makanan kepada asnaf diedarkan rumah ke rumah di sekitar Permatang Kerai, Permatang Indah dan Taman Permatang Indah, Kepala Batas.

 


 

 

 
5. Bantuan 5 kampit beras dan 5 pek makanan kepada Pusat Komuniti Rohingya di Taman Sri Serdang, Kuala Batas. Pihak koperasi menambah 5 kampit beras dan 1 botol minyak masak untuk mereka menyediakan masakan jamuan Aidilfitri.
 
Terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah bersama MyCARE dalam kempen MyRamadan 2022.
 
Tidak dilupakan para aktivis dan sukarelawan serta orang ramai yang menjayakan program-program penyaluran.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit