Hampir 1,000 orang terkorban dan 30 juta hilang tempat tinggal selepas Pakistan dilanda banjir berterusan akibat hujan monsun sejak bulan Jun.
Agensi Pengurusan Bencana Pakistan (NDMA) melaporkan lebih 500,000 rumah musnah dengan wilayah paling teruk terkesan adalah di Balochistan dan Selatan Sindh.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif telah memohon bantuan antarabangsa untuk membantu negara itu menghadapi banjir ini.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah memutuskan untuk menghantar bantuan awal berjumlah RM40,000 ke Pakistan.
Justeru, MyCARE ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama membantu sahabat-sahabat kita di Pakistan bagi meringankan beban mereka.
Untuk menyumbang, salurkan ke
https://mycare.qrd.by/banjirpakistan
Mohon jasa baik tuan/puan untuk sebar-luaskan mesej ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai akan dapat kita bantu.
Terima kasih atas sumbangan dan bantuan anda.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas