KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Satu kunjungan hormat ke Kedutaan Afghanistan oleh 3 orang delegasi iaitu Noorsyazly Rameli dari MyCARE, Haji Shamsul Maarif Ismail (Regional Development Community/RDC) serta Hj Abdul Haris Bain (IKRAM) bagi bertemu dengan Setiausaha Kedua Kedutaan, HE Abdul Hai Qanit.
Kunjungan ini sebagai memperkenalkan ketiga-kita entiti yang diwakili selain memberi maklum akan misi kemanusiaan oleh MyCARE bersama IKRAM Health pada 3 – 11 September 2022 yang akan memfokuskan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan ekoran banjir besar di Afghanistan.
Delegasi juga turut bertukar-tukar informasi bentuk-bentuk kerjasama, bantuan serta yang peranan yang boleh NGO Malaysia mainkan bagi membantu dan membangunkan semula Afghanistan dalam sektor pembangunan, perniagaan, kesihatan dan pendidikan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”