Kunjungan Muassasat Tajammu’ ke Ibu Pejabat MyCARE

Ibu Pejabat MyCARE hari ini diziarahi oleh Syeikh Ismail Musa Barhoum, Pengerusi Muassasat Tajammu’, sebuah gabungan NGO kemanusiaan di Gaza. Selain berkongsi perkembangan terkini di Gaza, Syeikh Ismail menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu Gaza selama ini.

 

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada MyCARE yang telah membuka pejabat dan beroperasi di Gaza sejak tahun 2013. Beliau memuji kesungguhan pasukan pejabat MyCARE di Gaza yang diketuai oleh Dr. Ziad Shehada.

 

Ini merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia. Semoga kunjungan ini mengeratkan lagi kerjasama MyCARE dengan NGO-NGO di Gaza.

 

Gambar [dari kiri]: Tuan Haji Kamarul Halim (Pengurus Kanan Projek), Tuan Haji Kamarul Zaman (Ketua Pegawai Eksekutif), Syeikh Ismail (Pengerusi Muassasat Tajammu’), Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Ayuh Bantu Lubnan!

Lubnan kini sedang melalui krisis yang mendalam akibat konflik yang semakin memuncak. Keluarga-keluarga di kawasan selatan Lubnan dan Lembah Bekaa, khususnya, terpaksa berhadapan dengan kekurangan

MRT 2.0 : Negeri Sabah

Salam Urang Sabah! Kami mau jemput kamurang join program MyCARE Road Tour 2.0: Eyes On Palestine. Program ni memang mantap untuk kita tunjukkan sokongan kita