“Setiap ringgit yang kita sumbangkan sangat bermakna, ia akan mengubah kehidupan mereka,” kata Dr. Fauziah usai menerima cek RM20,000 dari UKM Specialist Centre, untuk projek #GiveHope.
Projek #GiveHope ini mensasarkan RM2 juta untuk kos pembedahan 3000 pesakit miskin serta tangan dan kaki palsu buat 18 kanak-kanak di Gaza.
Dr. Fauziah turut menceritakan kepada hadirin Brunch4Humanity detik2 ketika ditahan regim Israel semasa misi Women’s Boat to Gaza, (WBG) dan realiti penangkapan haram tanpa bicara ramai wanita dan kanak-kanak Palestin oleh Zionis Israel.
Antara aktiviti lain yang dijalankan di majlis ini adalah jualan buku travelog WBG, 35 Batu Nautika, pelancaran buku Ke Ban, buku pertama MyCARE dalam bahasa mandarin, persembahan flashmob tentang White Helmet oleh Standup Flashmob, persembahan lagu Serikandi Besi dan Suara Intifadah oleh kumpulan nasyid Zëyad, serta penyerahan cek oleh UKM Specialist Center.
Terima kasih diucapkan buat semua warga sukarelawan yang merancang dan melaksanakan program ini, serta barisan dermawan dan penyumbang!
Anda boleh terus menyumbang untuk projek Give Hope melalui akaun Maybank:
Humanitarian Care Malaysia 5642 5856 0698
Together nurturing communities towards a peaceful world.
Kejohanan Futsal Piala MyCARE 2024 – Eyes On Palestine
Alhamdulillah, KSL Sport, Puchong menjadi saksi kepada perlawanan epik dalam Kejohanan Futsal Piala MyCARE (5-A-Side) yang diadakan pada hari ini. Terima kasih kepada 16