Air Untuk Semua | Water For All

Air merupakan satu hak asasi manusia. Akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi kebersihan merupakan salah satu hak setiap insan di dunia ini yang perlu dipenuhi.
 
Pada tahun 2020, sebanyak 2 billion insan tidak dipenuhi haknya. Sebagai NGO kemanusiaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek awal Air Untuk Semua bermula dengan 2 buah negara iaitu Nepal dan Myanmar.
 

𝐍𝐞𝐩𝐚𝐥

 

 

 

 

 

 
Merentasi warna kulit dan agama, projek Air Untuk Semua akan dilaksanakan di pedalaman-pedalaman Nepal.
 
Nepal antara negara yang banyak mengalami pelbagai bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir, Glacial Lake Outburst Flood (GLOF), runtuhan salji, kebakaran dan kemarau.
 
Menurut data The World Bank, sebanyak 79% rakyat Nepal tinggal di pedalaman. Rakan NGO kami menceritakan bahawa penduduk terpaksa berjalan jauh demi mendapatkan air bersih.
 
Paras kemiskinan juga sangat mendukacitakan sehingga mereka tidak mampu untuk membina telaga tiub sebagai kemudahan.
 

𝐌𝐲𝐚𝐧𝐦𝐚𝐫

 

 

 

 

 

 
Sumber air bersih sangat susah untuk didapatkan di dalam kem IDP di Sittwe, Myanmar.
 
Seramai 97,484 penduduk tinggal di 14 kem pedalaman IDP. Satu telaga pula disediakan untuk 38 buah keluarga.
 
Hal ini menyebabkan penduduk terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bersih sehingga ada yang sanggup keluar jauh untuk membeli air dari pihak lain.
 
Pihak luar pula mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan menjual air pada harga yang tinggi.
 

𝐀𝐢𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 | 𝐖𝐚𝐭𝐞𝐫 𝐅𝐨𝐫 𝐀𝐥𝐥

 
Sebagai permulaan, 6 buah telaga tiub telah siap untuk digunakan oleh penduduk tempatan. Setiap telaga diwakafkan untuk 8-10 buah keluarga.
 
MyCARE menyasarkan mewakafkan 50 buah telaga tiub di daerah Mahottari, wilayah Madesh Pardesh, Nepal dan 50 buah lagi di kem IDP Sittwe, Arakan, Myanmar.
 
Sirah Nabi S.A.W ada menceritakan kisah Saidina Uthman Ibn ‘Affan RA yang mewakafkan telaga yang disebut sebagai bi’r al-ruumah untuk kegunaan umat Islam ketika itu.
 
Telaga tersebut dibeli oleh beliau daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai dari menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya.
 
Tindakan bijak Saidina Uthman merupakan suatu amalan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun surah al-Fajr, ayat 27-30 selepas berlakunya peristiwa ini.
 
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan bahawa:
 
وَرَوَى الضَّحَّاكُ إِنَّهَا نَزَلَتْ فِي عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حِينَ وَقَفَ بِئْرَ رُومَةَ
 
Maksudnya: Al-Dahhak meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan pada Uthman Ibn ‘Affan RA ketika beliau mewakafkan telaga Al-Ruumah.
 
(Rujuk: Tafsir al-Qurtubi, 20/ 58)
 
MyCARE menyeru para dermawan yang prihatin untuk bersama kami dalam Projek Air Untuk Semua.
 
Salurkan sumbangan wakaf anda di:
https://mycare.qrd.by/wakaftelaga

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit