[Volunteers] Psychosocial with Refugees

“Para pelajar Rabbaniyah Educare ini sememangnya sangat aktif, mudah mesra dan peramah.”
 
“Walaupun berlainan bangsa dan bahasa, kita masih boleh menerima antara satu sama lain, atas dasar kemanusiaan. Terserlah jelas kebahagiaan, keseronokan serta keterujaan mereka.”
 
“Saya sangat seronok buat aktiviti lebah hari ini,” luah Habib dengan kegembiraan pada wajahnya terserlah dengan kehadiran kami sukarelawan MyCARE.
 

 

 

 

 

 
Alhamdulillah! Jumaat lalu, 28 Oktober 2022 telah berlangsungnya aktiviti ‘Psychosocial with Refugees’ di Rabbaniyah Educare, Ampang, Selangor. Menariknya, program kali ini disertai oleh sukarelawan MyCARE dari pelbagai kaum yang bersatu hati di atas dasar kemanusiaan.
 
Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan dengan bertemakan Treasure Hunt, dipecah pula kepada 4 aktiviti yang berbeza iaitu Kolaj, Susun Suai Gambar (jigsaw puzzle), Origami dan Pelekat DIY telah diadakan bersama-sama mereka.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang MyCARE yang telah menaja untuk program ini.
 
Semoga segala kebaikan anda diganjari Allah sebaiknya. Pihak MyCARE juga ingin mengucapkan tahniah & syabas kepada semua sukarelawan MyCARE yang terlibat. Semoga semua sukarelawan terus komited dalam membantu dan menyantuni mereka yang memerlukan.
 
Teruskan bersama kami, mencipta kenangan terindah. Bantu kami untuk buat lebih banyak program bersama anak-anak Pelarian ini.
 
Ayuh salurkan sumbangan untuk program kami :
https://mycare.qrd.by/rohingyavol
 
“Nurturing Humanity, Making A Difference”

2 comments

  1. Assalamualaikum saya muhammad al firdaus saya berminat untuk menyertai sukarelawan di Sabah dan bagaimana saya ingin menyertai sukarelawan di Sabah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit