Walk4Humanity (W4H) 2022- julung kalinya diadakan di Johor pada 10 Disember (Sabtu).
Seramai 128 penyertaan daripada masyarakat setempat, para pelajar Kolej Professional MARA Bandar Penawar dan juga murid-murid sekolah yang juga mendapat tajaan berlari melalui sumbangan para penyumbang.
Acara W4H kali ini dimulakan sejak 9 Disember, dengan membawa 3 orang aktivis kemanusiaan untuk mengupas tajuk Konflik Peperangan Syria: Kesan Kepada Wanita dan Kanak-Kanak.
Antara tokoh dan aktivis yang telah dijemput pada kali ini ialah Dr. Fauziah Hassan, Srikandi Women Boat2GAZA dan Puan Norsham bte Abu Bakar serta Dr. Norhashimah binti Ismail.
Turut menyerikan program pada kali ini tidak ketinggalan, Prof Madya Dr. Mohd Zin bin Kandar selaku Penasihat MyCARE Johor, Cikgu Rozi bin Abd Ghani selaku Pengurus MyCARE JOHOR dan Puan Hajah Zalilah bte Hassan selaku Pengurus Rose2Rose Johor serta aktivis dan AJK MyCARE JOHOR.
Tidak ketinggalan kepada semua sukarelawan yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program pada kali ini.
Melalui forum ini, MyCARE Johor ingin memberikan kesedaran terutama kepada pelajar tentang kesan konflik peperangan terhadap rakyat Syria. Seramai lebih 300 pelajar Kolej Professional MARA Bandar Penawar telah hadir dan terlibat dalam ceramah kemanusiaan ini, turut bersama-sama dalam program ceramah kemanusiaan ini ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KPM iaitu Dr. Musa Bin Muhammad Ali serta ketua-ketua jabatan dan para pensyarah.
Keesokan harinya, seusai Solat Subuh, para peserta berkumpul di Punggai Bayu Impian Camp Site, Kota Tinggi, Johor.
Dimulakan dengan aktiviti zumba untuk memanaskan badan, para peserta kemudiannya dilepaskan untuk berlari/berjalan sepanjang 5km di pesisiran pantai Desaru.
Setelah acara larian selesai, pihak penganjur memberikan 22 hadiah cabutan bertuah dan 3 hadiah utama untuk peserta yang menghabiskan larian paling awal sumbangan ahli Wanita IKRAM Johor, Rose2Rose (ibu pejabat dan Johor) berbentuk keperluan diri dan keluarga.
Selain itu juga, pihak Econsave yang diwakili oleh pengurus besarnya, En. Mas Imran bin Adam yang juga merupakan salah seorang aktivis kemanusiaan bersama-sama MyCARE, turut menaja 30 buah hadiah cabutan bertuah dan 100 karton air mineral buat peserta dan sukarelawan W4H Johor.
W4H Johor 2022 berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 250,000 daripada Econsave dan sumbangan individu sebanyak RM 2,000 daripada Tuan Haji Baba Khan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan iaitu RM 252,000.
Sumbangan ini akan diberikan kepada wanita dan kanak-kanak Syria yang memerlukan kaki dan tangan palsu.
Jutaan terima kasih kepada semua AJK W4H2022 Johor, aktivis Rose2Rose HQ dan Johor, MyCARE Johor serta para penyumbang dan peserta yang terlibat.
Semoga usaha ini diberkati Allah dan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Be Healthy, Do Charity.