[Volunteer] Latihan Psikologi & Media Pelaporan

Pada 1 Januari 2023, Unit Kesukarelawanan telah membuka tirai tahun 2023 dengan program Latihan Keperluan Psikologi dan Kemahiran Media Pelaporan buat sukarelawan MyCARE.
 
Program dimulakan dengan perkongsian santai daripada aktivis SAYA, Saudara ‘Asim bin Mohd Hatta. Beliau telah berkongsi beberapa perkara asas dalam mengenali dan mendepani isu psikologi khususnya di kalangan generasi abad 21. Antara tajuk menarik yang disentuh adalah ‘Pendengaran Aktif’ dan ‘Kemurungan & Keresahan; Kenali Kesihatan Mental Anda’. Slot latihan ini mendedahkan sukarelawan MyCARE kepada kepelbagaian situasi dan faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang individu.

 

 

 

 

 
Melihat kepada keperluan semasa masyarakat Malaysia yang banyak terdedah dengan kesempitan hidup, ancaman kesihatan ekoran Covid-19, dan pelbagai lagi krisis-krisis ekonomi, politik dan juga sosial, sukarelawan semestinya mustahak untuk menguasai kemahiran ini terutamanya ketika berdepan dengan penerima sumbangan dan pemegang taruh yang terdiri daripada pelbagai lapisan demografi. Latihan ini antara lain bertindak sebagai persediaan awal buat sukarelawan MyCARE khususnya untuk menyantuni masyarakat rencam, baik dari dalam negara, mahupun pendatang dari luar negara.

 

 

 

 

 
Sesi petang diteruskan dengan perkongisan interaktif yang bertajuk Kemahiran Media Pelaporan daripada Eksekutif Perhubungan Awam MyCARE, Saudari Nor Fadzeela. Beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan teknik pelaporan media yang telah beliau kuasai sepanjang berada dalam medan Media Arus Perdana (Mainstream Media). Sukarelawan yang hadir juga terlibat dalam soal jawab secara aktif, dan pelbagai perspektif baru yang telah mereka pelajari dalam sesi ini.
 
Ayuh bersama kami di MyCARE sebagai sukarelawan yang proaktif, dan tentunya pelbagai lagi peluang dan perkongsian kemahiran akan tersedia buat anda.
 
Kami mengalu-alukan keterlibatan anda dalam pasukan SUKARELAWAN MyCARE, dan berharap agar tugas-tugas advokasi dan kesukarelawanan yang tersedia di bawah MyCARE akan lebih melaju dengan kehadiran anda.

 
Daftar sebagai sukarelawan MyCARE di:
https://www.mycare.org.my/get-involved/

 
“Nurturing Humanity, Making A Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit