Hari ini kami mulakan MyCARE Road Tour 2023 dengan program Training of Trainers on Palestine Issues yang dihadiri 20 orang peserta di pejabat IKRAM Tangkak, Johor.
Tour ini dianjurkan untuk membawa kesedaran isu kemanusiaan di seluruh negeri di Malaysia.
Dr. Abdalrahim M. Shehab memberikan penjelasan secara mendalam dalam isu ini yang diterjemahkan oleh Ustaz Muaz Muhammad Arif. Rakyat Palestin percaya bahawa mereka adalah golongan terpilih untuk memperjuangkan bumi al-Quds sehingga mendapat kemenangan.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang bersama dalam Training of Trainers. Insya Allah pelbagai program menarik menanti untuk bangsa Johor esok.