Salah satu objektif MyCARE adalah mengadakan hubungan baik dan jalinan kerjasama dengan semua pihak. MyCARE amat mengalu-alukan kerjasama dalam pelbagai sudut atas dasar kemanusiaan.
Semalam, MyCARE telah dikunjungi oleh 4 orang wakil dari Yayasan Canselor UNITEN (YCU) yang diketuai oleh Pengarah YCU, Encik Mohamad Ishak. Manakala di pihak MyCARE pula diwakili oleh Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha, Puan Roha Hassan dan Puan Raimi Sayuti.
Pelbagai perkongsian menarik berlaku di antara kedua-dua pihak bertujuan menjalin kerjasama dalam hal-hal berkaitan pendidikan dan kemanusiaan.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”