Israel telah dibina di atas tanah Palestin. Orang-orang Yahudi telah menghuninya dengan menghalau penduduk asal tanah itu sebaik sahaja tumpasnya Khilafah Uthmaniyah pada perang dunia pertama pada tahun 1918.
Operasi penyingkiran rakyat Palestin diterajui oleh kumpulan-kumpulan pengganas Zionis dari kampung ke kampung.
Namun, pada 1948, penyingkiran dibuat dengan begitu tersusun dari kampung ke kampung.
Mereka bermula pada 13 Februari dengan menumpukan kepada beberapa kawasan.
Di Jaffa, rumah-rumah dipilih secara rawak dan dibom dengan dinamit walaupun masih ada orang di dalamnya, Perkampungan Sa’sa telah diserang begitu juga 3 kampung sekitar Qisarya.
Operasi Februari diaturkan dengan berhati-hati oleh penasihat/The Consultancy berbeza dengan operasi yang dilaksanakan pada Disember 1947. Ia tidak lagi terpecah-pecah. Tanpa menangguh-nangguh, mereka telah membentuk cubaan pertama untuk menyatukan konsep pengangkutan Yahudi di jalan-jalan utama Palestin dengan penghapusan etnik di kampung-kampung.
Tetapi tidak seperti bulan-bulan berikutnya, apabila operasi akan diberikan kod nama dan jelas mendefinisikan wilayah dan sasaran, pengarahan yang diberikan tidak jelas.
Sasaran pertama adalah 3 kampung sekitar Kota Lama Roman di Qisarya, kota yang mempunyai sejarah yang menakjubkan kaum Phoenician. Ia wujud sebagai kawasan perdagangan, Herod kemudiannya menamakannya Caesarea sempena nama panglimanya yang ternama di Rom, Augustus Caesar. Kampung yang terbesar di sini adalah Qisarya, di mana 1500 penduduk hidup di belakang tembok kota lama ini.
Di antara mereka, sepertimana di kawasan lain, adanya beberapa keluarga Yahudi yang telah membeli tanah di situ dan hidup sehari-hari di dalam kampung tersebut. Kebanyakan penduduk kampung tinggal di dalam rumah batu bersebelahan dengan keluarga Arab Badwi yang juga merupakan sebahagian daripada kampung tersebut walaupun mereka sekadar tinggal di dalam khemah.
Telaga di kampung tersebut membekalkan air yang mencukupi untuk keseluruhan penduduk kampung untuk kedua-dua golongan tersebut dan mencukupi untuk bekalan air di ladang-ladang mereka. Kampung ini menghasilkan produk agrikultur yang pelbagai seperti pisang dan buah-buahan sitrus. Qisarya menggambarkan suasana perkampungan yang lazimnya di kampung-kampung lain juga di seluruh Palestin. (Adanya masyarakat yang tinggal tetap dan kelompok Arab Badwi)
3 kampung itu dipilih kerana mereka merupakan sasaran mudah. Mereka tiada pertahanan daripada jenis apa sekali pun. Samada penduduk tempatan mahupun sukarelawan dari luar.
Arahan untuk menjajah, menghalau dan memusnah dikeluarkan pada 5 Februari. Qisarya adalah kampung pertama yang disingkirkan pada 15 Februari 1948. Operasi itu hanya mengambil masa beberapa jam dan dilaksanakan dengan sangat sistematik sehinggakan tentera Yahudi mampu untuk mengosongkan dan memusnahkan 4 lagi kawasan yang lain pada hari yang sama di bawah pengawasan askar British yang ditempatkan di Balai Polis berhampiran.
Kampung kedua ialah Barrat Qisariyah (Baca: Di luar Qisarya) yang mempunyai populasi kira-kira 1000 orang. Ada beberapa gambar dari 1930-an kampung ini yang menunjukkan kampung ini terletak di tepi pantai berhampiran dengan runtuhan lama Kota Rom. Kampung telah ‘dibersihkan’ pada bulan Februari 1948 dengan satu serangan mengejut dan ganas sehingga ahli sejarah Palestin dan Israel merujuk kepada kehancuran kampung ini sebagai suatu kejadian misteri.
Hari ini, kota pendudukan Yahudi Or Akiva berkembang di atas setiap inci kampung yang telah dimusnahkan itu.
Beberapa rumah lama masih lagi berdiri kukuh di kota tersebut sehingga tahun 1970-an, namun mereka dimusnahkan apabila Pasukan Kajian Palestin cuba untuk mendokumentasikan mereka sebagai satu bahagian daripada langkah untuk membina semula warisan Palestin.
Sama seperti operasi sebelumnya, operasi serangan terhadap Khirbat Al-Burj juga dibuat tanpa pengarahan yang jelas. Kesan-kesan kampung ini, masih boleh dilihat sehingga ke hari ini, jika seseorang melalui kawasan sebelah barat Binyamina. Bangunan utama di kampung tersebut didirikan dengan reka bentuk Uthmaniyah dan satu-satunya bangunan yang masih berdiri teguh, dikenali sebagai Al-Burj. Pada tanda nama berdekatan dengan bangunan ini, jelas diceritakan bahawa bangunan ini merupakan istana di masa lampau tanpa menyebut sedikitpun tentang kampung di mana ia terletak.
Hari ini bangunan ini popular sebagai tempat pameran, karnival dan perayaan keluarga Israel.
Sumber: Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas