Aktivis Palestin MyCARE, Sheikh Dr. AbdalFatah M.A. Asqool menekankan dalam perkongsian beliau hari ini, keadaan di Gaza semakin teruk. Kemiskinan ketara dan kadar pengangguran melebihi 50%. Bekalan elektrik di Gaza juga masih terhad hanya beroperasi selama 3 – 4 jam.
Dalam perkongsian beliau juga menegaskan bahawa tidak sepatutnya berlaku hubungan normalisasi antara Palestin dan Israel Zionis. Malaysia adalah salah satu contoh negara yang menentang hubungan normalisasi menunjukkan pada dunia bahawa negara Haram Zionis tidak wujud kedaulatannya di atas bumi barakah Palestin.
Dr. AbdalFatah juga menyifatkan semangat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia antara faktor penduduk di Gaza dapat meneruskan kelangsungan hidup meskipun diasak oleh rejim Zionis Israel. Malaysia adalah salah satu negara kedepan membantu penduduk Gaza.