Tahun ini masuk tahun ke-16 Gaza dikepung dan dikenakan sekatan ekonomi oleh rejim Israel.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pernah mengunjurkan Gaza tidak lagi sesuai didiami menjelang tahun 2020 sekiranya sekatan tidak dihentikan.
Namun, hari ini rakyat Palestin di Gaza masih terus bertahan; menempuh segala cabaran dan kemungkinan.
Semangat mereka untuk meneruskan kehidupan masih kuat; walau apa pun yang rejim Israel lemparkan kepada mereka.
Kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama kita bantu ringankan penderitaan mereka.
PBB menganggarkan untuk tahun 2023, lebih 1.5 juta atau 75% penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan (food insecure).
Jumlah ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Tapi peratus mereka yang berada dalam kumpulan paling kritikal (severe) kini telah meningkat dua kali ganda daripada 10% kepada 29%.
PBB menganggarkan sejumlah RM1 bilion ringgit diperlukan untuk menjamin keselamatan makanan mereka.
Justeru, MyCARE ingin mengajak kita semua untuk bersama menyumbang kepada usaha ini khususnya melalui projek Bina Pulih Pertanian di Gaza.
Kita baik pulih semula tanah pertanian di Gaza supaya para petani dapat menanam semula tanaman mereka untuk menjana pendapatan.
Kita bekalkan para petani dengan kelengkapan yang mereka perlukan untuk memulakan semula pekerjaan mereka yang terhenti akibat peralatan yang musnah dan rosak akibat serangan rejim Israel.
Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat membantu memenuhi pinggan makan mereka, bahkan kita akan dapat menyumbang kepada bekalan makanan di wilayah itu.
JOM kita Bina Semula Gaza!
Untuk menyumbang, KLIK:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
Bantu kami sebar-sebarkan.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas