bantuan Gempa Turkiye MyCARE

Ayuh Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye & Syria

bantuan Gempa Turkiye MyCARE


 

Turkiye ditimpa gempa bumi yang dahsyat awal pagi Isnin (6 Feb 2023).

 

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter dan berpusat di wilayah Kahramanmaras itu menggegarkan Turkiye jam 4.17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 17.9 km.

 

Ini merupakan gempa bumi terbesar di Turkiye sejak tahun 1939!

 

Gempa telah menyebabkan kerosakan besar di wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

 

Gempa turut menyebabkan kemusnahan di wilayah utara Syria khususnya Hama, Aleppo dan Latakia. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan Amaran Tahap 4 dan memohon bantuan antarabangsa.

 

Untuk fasa pertama, MyCARE telah meluluskan bantuan bernilai RM200,000 untuk diagihkan dengan kadar segera.

 

MyCARE mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mangsa yang terlibat. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://mycare.qrd.by/turkiyeemergency

 

ATAU

 

ke akaun bank

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: TURKI

 

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
WhatsApp – http://wasap.my/60166366369 atau

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.   Ramai daripada mereka ini dari keluarga

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program