Kempen Bulan Anak Yatim 2023

Tahun ini kita meneruskan Kempen Bulan Anak Yatim seperti tahun-tahun sebelumnya.
 
Namun, tahun ini nyata berbeza. Kali ini Bulan Anak Yatim amat dekat dengan bulan yang mulia bernama Ramadan serta bulan kemenangan bernama Syawal.
 
Ramadan dan Syawal pasti menggamit pelbagai kenangan dan kerinduan ketika ibu atau ayah atau kedua-duanya masih bersama.
 
Bagaimanakah agaknya perasaan dan persiapan anak-anak yatim menyambut Ramadan yang bakal tiba tanpa orang yang paling dicintai?
 
Jom bersama MyCARE memeriahkan Bulan Anak Yatim MyCARE 2023. Kita raikan anak-anak yatim dan para penyumbang. Saling berkasih sayang sambil siap sedia menunggu Ramadan dan Syawal.
 
Pelbagai program menarik sepanjang Kempen Bulan Anak Yatim 2023 dari 18 Februari 2023 – 18 Mac 2023 . Antaranya:
 
1. Orphan Fun Meet 2023
2. Edutrip with Orphan 2023
3. Orphan in Ramadan 2023
4. Kempen Dana Penajaan:
– Orange4Orphan
– GiftBox For Orphan 2023
5. Pelancaran Tajaan Anak Yatim Afghanistan, Yaman dan Lubnan
 
Kami tekankan kembali antara objektif Kempen bulan anak yatim diadakan bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim di negara-negara yang tidak bernasib baik antaranya ialah Palestin, Syria, Filipina, Rohingya, Afghanistan, Yaman dan Malaysia serta meraikan para penaja yang budiman.
 
Lets’ spread the joy of giving!
Jom jadikan Ramadan dan Syawal kali ini sebagai kenangan yang takkan dilupakan buat anak-anak yatim tersayang!
 
Nantikan pengumuman selanjutnya melalui laman media sosial MyCARE berhubung dengan program-program yang akan dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung.
 
———————————————————————-
Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf melalui:
 
https://mycare.qrd.by/tajayatim
 
Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang online boleh didapati di sini:
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
 
Raimi Sayuti / Ruhaiza Musanip :
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit