Setibanya kami di Kota Kinabalu, aktiviti pertama kami adalah pembungkusan dan susun atur barangan Back2School di pejabat IKRAM Sabah.
Antara barangan Back2School tersebut adalah beg sekolah, baju sukan sekolah, seluar sukan, stokin, botol air, gunting, berus gigi dan ubat gigi. Tidak lupa juga tajaan daripada Faber-Castell yang berbentuk barangan iaitu set alat tulis, gam dan pensel warna. Selain itu, terdapat juga sumbangan orang awam iaitu gula-gula dan jam tangan.
Dalam keasyikan kami membungkus barangan-barangan ini, terserlah keterujaan di wajah kami untuk melihat senyuman kegembiraan di wajah anak-anak yang bakal disantuni di pedalaman Papar nanti.
Semoga kegembiraan mereka menjadi asbab yang baik buat kita semua. Aamiin Ya Rabb.