Kita dikejutkan dengan bencana banjir kilat yang membawa arus deras di Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Lebih 40,000 orang terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.
Pada masa ini, negeri Johor merupakan negeri paling terjejas, disifatkan antara terburuk. Met Malaysia memberi amaran hujan berterusan kategori (buruk) sehingga Sabtu, 4 Mac 2023. Pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
Orang ramai yang terperangkap juga berkongsi keadaan genting di beberapa kawasan. Ada yang terperangkap di atas bumbung rumah, di atas bumbung kereta dan ada yang sanggup berenang mencari bekalan makanan.
MyCARE menyeru para dermawan yang prihatin untuk bersama meringankan beban mangsa-mangsa banjir melalui Tabung Kecemasan Banjir.
Kita bantu saudara-saudara kita yang sedang memerlukan.
Salurkan sumbangan anda di:
https://mycare.qrd.by/bencana
Sukarelawan MyCARE dalam mode bersiap siaga.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas