Gift Box for Orphan 2023

Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
 
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”
(Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).
 
Islam adalah agama yang menjaga dan menyayangi anak yatim. Ini dicerminkan oleh qudwah hasanah (contoh yang baik) Baginda Rasulullah S.A.W apabila Baginda menyantuni anak-anak yatim dengan kasih sayang dan kebaikan.
 
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
 
“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.”
(Surah Al-Baqarah ayat 220).
 
Menjelang Bulan Ramadan yang bakal tiba, pelbagai persediaan yang akan dibuat demi memberikan yang terbaik dalam meraih keberkatan bulan yang dinanti. Begitu juga dengan anak-anak yang diraikan ini.
 
MyCARE menjemput penaja dan dermawan untuk bersama-sama membawa keceriaan kepada anak-anak yatim melalui aktiviti Gift Box for Orphans yang akan diagihkan semasa Orphan Fun Meet sebagai hadiah persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal demi meraih keberkatan bulan yang mulia.
 
Marilah kita kongsi kegembiraan dan keberkatan bersama anak-anak yatim agar Ramadan dan Syawal kali ini penuh bermakna.
 
Untuk turut serta memberikan hadiah untuk anak-anak yatim, klik link berikut. Hanya RM100 untuk 1 hadiah kepada 1 orang anak yatim.
 
———————————————————————————————

 
Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf melalui:
https://mycare.qrd.by/bay
 
Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang online boleh didapati di sini:

 
Untuk maklumat lanjut layari:
https://www.mycare.org.my/sponsorship/
 
Atau hubungi:
Ruhaiza Musanip / Raimi Sayuti
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit