[Volunteer] Shopping Raya with Refugees

Alhamdulillah, pada 16 April 2023 telah berlangsungnya program Shopping Raya with Refugees bagi memberikan keceriaan kepada mereka dalam membuat persediaan menyambut Syawal.
 
Adik-adik ini berasa begitu teruja kerana dapat membeli dan memilih pakaian yang mereka sukai.
 
Seramai 26 orang pelajar dari Rohingya Education Garden, Puchong telah menerima RM150 setiap seorang untuk membeli keperluan raya secara terbimbing (guided shopping) bersama-sama dengan abang dan kakak sukarelawan MyCARE. Cadangan barangan yang dibeli adalah baju raya, kasut, songkok, tudung dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Selain dari kelengkapan raya itu, mereka juga menerima biskut raya dan duit raya sebagai cenderahati di akhir program.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MYDIN Subang Jaya, di atas kerjasama dalam memudahkan urusan untuk anak-anak ini membeli belah sambil mendapat potongan harga istimewa.
 
Akhir sekali, tak dilupakan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada orang baik yang telah menyumbang untuk projek Ramadan: Unity & Hope. Semoga Allah merahmati usaha kalian di bulan Ramadan penuh barakah ini.
 
Salurkan infaq MyRamadan anda di:
https://mycare.qrd.by/myramadanvol
 
Bantu kami memperkasakan aktiviti kesukarelawanan di:
https://mycare.qrd.by/volunteerfund
 
Semoga Allah SWT terima dan ganjari sebaiknya amalan kita semua di bulan yang mulia ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit