Psychosocial with Refugees Tahfiz Rohingya

Seawal 8.30 pagi anak-anak ini dah menunggu ketibaan kami. Tak sabar nak main dengan kakak dan abang MyCARE, katanya.

 

Kami disambut dengan wajah kegembiraan dan keterujaan mereka walaupun kami tiba sedikit lewat dari masa yang sepatutnya. Hal ini membuatkan kami, para sukarelawan lebih bersemangat walaupun hujan turun membasahi bumi.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah! Pada Ahad lalu, 4 Jun 2023 telah berlangsungnya aktiviti ‘Psychosocial with Refugees’ di Madrasah Tahfiz Rohingya, Bukit Pegoh Peruli, Melaka.

 

Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang telah dijalankan. Kanak-kanak ini dibahagikan kepada 2 kumpulan (3-6 tahun) dan (7-14 tahun). Adik-adik berumur 3-6 tahun dihiburkan dengan aktiviti DIY tissue craft dan cat mask manakala adik-adik berumur 7-14 tahun dihiburkan dengan aktiviti musical chair, charades, dinosaur chase dan sukan belon air.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang MyCARE yang telah menaja untuk program ini. Semoga segala kebaikan anda diganjari Allah sebaiknya. Pihak MyCARE juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan MyCARE HQ dan MyCARE Melaka yang terlibat. Semoga semua sukarelawan terus komited dalam membantu dan menyantuni mereka yang memerlukan.

 

Teruskan bersama kami, mencipta kenangan terindah. Bantu kami untuk laksanakan lebih banyak program bersama anak-anak pelarian ini.

 

Ayuh salurkan sumbangan untuk program kami:

 

Nurturing Humanity, Making A Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit