[MisiKemanusiaanFilipina] Kisah-kisah dari lapangan

Kisah 1: Dia bukan jutawan juga bukan hartawan tetapi dia sudi berkongsi tempat tinggal dan makan minum dengan 20 orang ahli keluarganya yang terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf dan ibu tunggal. Itulah pengorbanan Puan Norhaya sekeluarga.

 

Di antara 20 orang tersebut adalah 2 orang anak yatim yang ditaja oleh MyCARE. Mereka adalah Faridah A. Linog dan Jalil A. Linog.

 


 

 

 

 

Kisah 2: Air matanya mengalir ketika berkongsi kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anak-anaknya 10 tahun yang lalu setelah kematian suaminya. Disebabkan oleh kemiskinan, beliau hanya mampu menanggung 3 daripada 7 orang anak-anaknya. Empat orang lagi dijaga oleh keluarganya yang lain secara berasingan.

 

Kisah 3: Namanya Aishah Aliyasa, dia sangat sukakan ilmu. Dia salah seorang anak yatim tajaan MyCARE yang cemerlang dalam pelajaran serta sanggup berjalan kaki selama 1 jam untuk pergi dan balik ke sekolah setiap hari. Beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya di universiti di Malaysia dalam bidang pendidikan dan Bahasa Arab.

 


 

 

 

 

Begitulah antara kisah-kisah di lapangan yang sempat dikongsikan selama kami melaksanakan Misi Kemanusiaan Filipina.

 

Semua anak-anak yatim dan penjaga yang sempat kami santuni pada hari ini sangat menghargai sumbangan penaja dan rakyat Malaysia. Bagi mereka setiap sumbangan sangat membantu kehidupan mereka.

 

Di kesempatan ini, kami juga membuka peluang kepada para penyumbang dan penaja yang ingin menyumbang atau menaja anak yatim dan asnaf di Filipina.

 

Tuan/puan yang berminat untuk menaja anak yatim dan asnaf Filipina boleh mendaftar dengan klik link berikut:

 

atau
Menyumbang kepada anak yatim dan asnaf umum boleh klik link berikut:

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit