Majlis Bersama Penaja anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) akan diadakan bersempena Bulan Anak Yatim MyCARE yang sedang berlangsung. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan serta penghargaan kepada penaja-penaja yang telah menyumbang sama ada secara berterusan, sekali penajaan atau sumbangan umum anak yatim.
Majlis Bersama Penaja ini akan diadakan di Johor dan Sarawak oleh kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan salah satu negeri yang mendapat jumlah tertinggi untuk penajaan anak yatim. Oleh itu, MyCARE memberi peluang kepada penaja-penaja di sekitar Johor dan Sarawak untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis. Walaubagaimapun, penaja yang berada di negeri-negeri lain juga dialu-alukan untuk turut serta hadir.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Assoc. Prof Dr. Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE. Selain perkongsian berkenaan perkembangan anak-anak yatim tajaan mereka dan isu-isu semasa di negara yang mengalami krisis tersebut, pertemuan ini juga adalah salah satu medium bagi pihak pengurusan MyCARE mendapatkan maklumbalas dan penambahbaikan secara terus dari mereka yang menyumbang untuk tajaan anak yatim khususnya.
Jemputan telah pun diedarkan secara terus kepada penaja, namun sekiranya terdapat penaja anak yatim yang belum mendapat jemputan, mohon untuk memberi pengesahan kehadiran kepada Khairiah (Bahagian Penajaan) di talian 03-8941 2341 atau 017-361 6550 sebelum 28 Mac 2017 (Selasa).
Terima kasih di atas sokongan tuan dan puan.
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas