Coretan Misi Sukarelawan Cianjur: KeAngkaSA #1

“Ada kebahagiaan dan keterujaan pada wajah anak ini.”
 
Anak ini menerima sedikit buah tangan yang dikirimkan oleh para dermawan dari Malaysia, melalui sumbangan mereka kepada Tabung Psikososial yang dilakukan oleh pihak MyCARE. Justeru itu, usah meremehkan sedikitpun kebaikan meskipun hanya sekecil-kecil pemberian kerana kita tidak tahu amalan apa yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, sekaligus membawa kita ke syurga Allah.
 
Pelbagai cerita suka dan duka untuk dikongsikan sepanjang permusafiran ini dan salah satu ibrah yang boleh diambil buat tatapan diri sendiri pada masa akan datang ialah, ‘’Jangan pernah berhenti untuk sebarkan kebaikan.”
 
Pendek kata, sepanjang misi kali ini, selain memberikan saya seribu kenangan terindah dalam hidup ini, misi ini juga mengajar saya untuk lebih menghargai dan mendalami dengan lebih mendalam erti ‘syukur’ dan ‘berdamai dengan takdir’.
 
Anati Hamidah Arifin,
Ahli Misi Cianjur 2023

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit