Adopt A Hafiz 2017 (BM)

Bismillahirrahmaanirraheem.

PENGENALAN

Projek ini bertujuan untuk membina satu generasi al-Quran di Palestin melalui proses hafazan. Ianya kerjasama antara Aqsa Syarif (salah satu agensi MyCARE), Muslim Professionals Forum (MPF), Dar al-Quran al-Karim Wa Sunnah (DQWS) dan MyCARE di Gaza.
Setiap tahun, DQWS mensasarkan untuk menaja 900 orang yang terdiri daripada 450 orang lelaki dan 450 orang perempuan (umur 8 hingga 25 tahun). Secara umumnya, setiap kanak-kanak akan mengambil masa selama 4 tahun untuk habis menghafal 30 juz al-Quran. Tetapi, ada juga beberapa kanak-kanak berjaya menamatkan hafazan mereka dalam masa yang lebih singkat. Kos projek ini ialah USD 170 bagi seorang hafiz untuk satu tahun dan kami mensasarkan untuk menaja seramai 610 orang hafiz pada 2017.
Projek Adopt A Hafiz mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah:

  1. Membentuk anak-anak dengan sikap/akhlak yang baik
  2. Membekalkan mereka pengetahuan dan cara berdakwah
  3. Melibatkan para hafiz di dalam aktiviti bersama masyarakat untuk menjadikan mereka insan yang baik dan menjadi agen pembaikan
  4. Menguatkan emosi dan spiritual anak-anak Gaza yang berdepan dengan sekatan dan seksaan dari pihak Zionis

10 anak-anak akan dikumpulkan dalam satu kumpulan dan dibimbing oleh seorang guru yang dipilih mengikut kriteria-kriteria minimum yang telah ditetapkan oleh DQWS iaitu:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma
  2. Menamatkan pengajian dari universiti yang diiktiraf di Gaza
  3. Mesti melalui kursus tajwid dan ada sijil penyertaan dari DQWS atau dari pihak kementerian

Setiap kumpulan akan berkumpul setiap hari di masjid atau pusat-pusat pengajian selama 2 jam setiap hari. Kumpulan perempuan akan berkumpul selepas Asar. Manakala kumpulan lelaki akan berkumpul selepas Magrib. Pusat-pusat pengajian dijalankan di beberapa tempat yang berbeza iaitu Rafah, Khan Younis, al-Woustah, Gaza dan utara Gaza. Pengajian semester 1 dari Julai – Disember manakala semester 2 dari Januari – Jun.
DQWS telah menyusun modul hafazan dengan sistematik dan menyeluruh dimana sesi hafazan selama 4 tahun dipecahkan kepada 3 fasa. Setiap fasa diperuntukkan menghafal 10 juz al-Quran bermula dengan 10 juz terakhir. Sebelum memasuki fasa yang baru, para pelajar akan dinilai dari segi kelancaran hafazan, latar belakang surah dan pengajaran yang boleh diambil dari surah-surah hafazan mereka.
Sekiranya para pelajar tidak mendapat markah yang cukup, mereka akan tetap mengulang hafazan mereka dan tidak boleh meneruskan ke fasa yang baru. Hafazan, kehadiran dan prestasi para pelajar dinilai oleh guru kumpulan mereka dan diaudit oleh wakil DQWS dari semasa ke semasa. Kejayaan para pelajar menghafal 30 juz al-Quran akan diraikan di dalam majlis graduasi.

KEJAYAAN PROJEK

Melalui tajaan sesi 1(tahun 2013-2017), berikut adalah rumusan kejayaan projek Adopt A Hafiz:

  • Melahirkan 85 hafiz dalam masa 2 tahun setengah
  • Sehingga 31/12/2016, berjaya mendidik 267 hafiz yang terdiri daripada 124 lelaki dan 143 perempuan
  • Hafiz termuda berumur 11 tahun ; Abdallah M. al-Assar

Kami ingin meneruskan projek ini dengan menaja pelajar kumpulan ke-2. Dimana Julai 2017 adalah tahun pertama pengajian mereka. Semoga melalui projek ini, kita sama-sama membantu menguatkan emosi dan spiritual golongan muda Palestin melalui al-Quran. Akhirnya, sekatan dan penjajahan zionis ke atas Palestin akan berakhir, in shaa Allah.
Maklumat lanjut berkenaan projek dan pakej tajaan 2017 adalah seperti di bawah:
AAH2017 A5 BM

Anda juga boleh klik www.billplz.com/tajahafiz untuk cara sumbangan yang lebih mudah
(Billplz.com adalah pengantara pembayaran kami yang sah)

Jazakumullahu khairan kathir.
Penafian: Kami juga menerima apa-apa jumlah sumbangan yang anda ingin sumbangkan dan kami akan masukkan ia dalam kategori “sumbangan umum” projek ini. Terima kasih.
 

12 comments

  1. Assalamualaikum wbt.
    Saya ingin bertanya, program penajaan tahfiz bagi 2017 masih ada quota lagi ke? Saya berminat memberi sedikit sumbangan

    1. Waalaikumussalam wr.
      Terima kasih di atas pertanyaan. Ya, kuota masih ada 300+ kosong setakat ini. Untuk update terkini, sila like FB Aqsa Syarif. Kami amat mengalu-alukan sokongan yang diberi. Jazakillah khairan kathira.

  2. Adakah diperlukan biodata penyumbang utk setiap tajaan?
    2. Bgmn klu duit tu adalah hasil sumbangan secara kumpukan? Nk taja 1 org sj.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Puan / saudari boleh letakkan satu nama sebagai wakil atau letak nama kesemua penyumbang. Resit akan diberikan secara berasingan jika diperlukan.

    1. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Mohon maaf kerana kami masih belum tersenarai sebagai organisasi yang layak untuk pelepasan cukai. Kami sedang berusaha dan menanti kelulusan pihak berkenaan.

      1. tak jawab soalan
        resit akan diberi kalau derma guna channel mana – click kat gambar atau link itu?

    1. Waalaikumussalam wr wbt…
      Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Tetapi maafkan kami kerana kami sudah pun menutup tajaan Adopt a Hafiz ini bagi tahun 2017. Namun, tuan / saudara dipelawa untuk menyumbang di dalam kempen MyRamadan kami yang sedang berlangsung. Atau menaja anak yatim dan keluarga miskin, yang berlangsung sepanjang tahun. Borang online boleh didapati di link ini.

    1. Waalaikumussalam wr wbt…
      Harap maaf kerana projek ini sudah ditutup untuk tahun 2017. Terkini, kami sedang mengumpulkan dana untuk projek MyCARE Education Fund bagi pelajar-pelajar di Nusantara, Palestin, Syria dan Iraq. Kami amat mengalu-alukan sumbangan saudari / puan. Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember