Pada permulaan persekolahan baru di Gaza, seorang pengetua sekolah menyedari ada pelajar yang masih memakai uniform lama, usang dan ada yang langsung tidak memakai uniform sekolah. Jadi, pengetua ini mengambil inisiatif untuk memohon bantuan menyediakan pelajar-pelajarnya dengan pakaian seragam dan kelengkapan lain.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut harapan pengetua ini dengan melaksanakan projek “Back2School”, yang bertujuan menyediakan keperluan asas kepada pelajar (pakaian sekolah, beg sekolah, alat tulis, buku dan buku nota). Projek ini menyasarkan pelajar di semua peringkat pendidikan (rendah, pertengahan dan menengah) dengan jumlah pelajar seramai 276 orang (termasuk 200 anak yatim tajaan MyCARE), termasuk kanak-kanak di tadika (KG1 dan KG2), seramai 65 orang.
MyCARE mengagihkan 191 pasang pakaian sekolah, 120 beg dan alat tulis, serta 30 buku dan buku nota. Pelaksanaan dilakukan di:
1- North Governorate (107 pelajar)
2- Kota Gaza (93 pelajar)
3- Khanyounis (141 pelajar)
Alhamdulillah, perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila melihat keriangan murid-murid ketika menerima pakaian sekolah. Ucapan terima kasih dan pujian yang tidak terhingga daripada pelajar-pelajar ini kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan bantuan yang berterusan untuk perjuangan Palestin.
Bina harapan melalui pendidikan untuk anak-anak yang memerlukan di:
https://mycare.qrd.by/mef
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas